Monday, September 20, 2010

Rambut ku di mana?

gambar hiasan semata-mata

Saya pasti dan yakin wanita tidak lepas dari mengalami masalah rambut. Hari ni, saya akan fokus dengan masalah KEGUGURAN RAMBUT. Ye. Saya juga sedang berhadapan dengan masalah ini. Di sini terdapat beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengelakan keguguran rambut.

1. Saya sedang mencuba petua pertama ini. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

2. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.

3. Yang ni macam geli sedikit ye. Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Selamat Mencuba. :)


Friday, September 17, 2010

Bantal Comel Afif Sham :)


ini pula cubaan kelima saya ye kawan-kawan.
bantal comel khas buat yang tersayang.
ingatkan nak buat sama color macam saya punya tapi tak jadi lah.
nak buat lagi cantik & comel untuk afifham.
ada nama afif kat bahagian belakang bantal.
cubaan terbaru disertai dengan kereta putih, bola tenis, camera.
kali objek-objek ni macam kusyen kecil yang empuk.
saya sumbatkan macam kekabu jadi kan objek macam 3D lah. :)
dan dijahitkan pada bantal ni.
warnya nya baby yellow bahagian belakang.

& green bahagian depan.

serba sedikit gambar kejayaan kelima saya untuk dikongsi bersama.


inilah dia barisan objek-objek yang comel.

ini pula saga putih dia.

ini pula bola tenis kegemaran dia.

ini pula camera comel since he is one of the best photographer.

ini pula bahagian belakangnya.

dijahitkan dengan nama Afif.

100% handmade

Thursday, September 16, 2010

bila berbuka dan berkumpul :)

sangat meriah aktiviti berbuka puasa kami tahun ni.
di hadiri pelajar clas LWB03A.
yang baru dan yang lama.
walaupun tak semua ada tapi kami tetap have fun dan seronok.

saya telah ditugaskan untuk jadi caterer oleh tok ketua kami.
Alhamdulillah.
rejki jangan ditolak.
agak cuak saya & ibu untuk menyediakannya.
tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

menu:
Iza's Kitchen Nasi Goreng Pattaya Topping Daging Masak Merah.
Iza's Kitchen Pudding Buah + Pudding Choc Ely as topping.
Air Sarsi.
Kurma.
dan lain-lain.

inilah dia serba sedikit gelagat kami semua :)



anak & mummy

part of us

pemuda UMNO saya

bersama Ekin tersayang

orang kuat kami

anak saya glamor gitu

sweet & sour

bersama Ely, Chuna, Una, Wafry & Syaqif

bersama Anna

yok makan!

iza's kitchen

bersama Una & Ely tersayang

tamatlah!