Saturday, July 31, 2010

tiba-tiba

Formerly known as KUTPM

Ok..
Saya bukan rindu KUTPM tapi rindu sahabat-sahabat saya lah.
Banyak yang kami lalui.
Pahit & manis.
Tiba-tiba
RINDU korang.

sarah, aien, nora, pza, kcha, cheda, MJ, ira, ayu.

Monday, July 26, 2010

daging masak merah

tara!

Disebabkan daging masak merah adalah antara lauk kegemaran Mr. A saya jadi say pun mula la belajar cara nak buat lauk ni. Senang je rupanya. Siap buat warna merah macam kat kedai lagi tau * start berangan nak buka kedai makan la pula ya. Untuk warna merah tu cuma campurkan sirap atau pewarna merah. Gaul-gaulkan pada daging mentah yang belum dihiris. Bila dah rebus, baru hiris daging nipis-nipis * bila dah rebus, senang nak hiris & daging tak liat. Resepi kuah sangat mudah ye * baru tahu. Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi (kalo suka). Lepas tu, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap. Masukkan daging yang dah direbus dan dihiris tadi. Gaul rata. Perisakan dgn garam dan bubuh la bawang besar yang bulat-bulat warna kuning tu utk mencantikkan lauk tu. Boleh juga hias dengan cili merah *potong serong. Siap!

Saturday, July 24, 2010

mata , mata , mata

sebagai seorang pelajar kita semua ni memang tak kan lari dari menghadap assignment *especially menghadap laptop kan. mata kita pasti akan rasa tak selesa lah, gatal lah, apa lah kan. jadi, disini saya ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk melegakan mata kita semua. :) untuk menyegarkan mata kita yang letih, ini caranya, mudah sangat. ambil timun yang telah dihiris dan lekapkan pada kelopak mata. seterusnya pejamkan mata untuk berapa ketika. kemudian anda pasti akan berasa sangat segar. selain itu, anda boleh juga menggunakan beberapa helai daun sireh muda yang dicuci bersih *make sure bersih ye.sangat penting. ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. selepas itu, tapis airnya. rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. tak lupa juga, teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang kerana ia dapat membantu untuk menghilangkan lebam di mata *jimat . lekapkan pada mata dan biarkan semalaman. lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. selamat mencuba. :)

Wednesday, July 14, 2010

mudahnya bangun pagi :)

Sangat serius. Ini sangat berkesan kerana saya telah mencubanya banyak kali. Semester kali ini jadual kelas saya sangat padat. Semuanya seawal jam 8.30 pagi. Jadi saya harus bangun seawal yang mungkin. Begini caranya untuk mudah bangun pagi. Sebelum tidur malam, tepuk bantal sebanyak 3 kali dan selawat keatas Nabi berserta dalam hati niat untuk bangun pagi. InsyaAllah. Esok pagi anda terjaga dengan sendiri. Kebiasaannya, saya akan niat sekali supaya Allah dapat izinkan saya untuk meneruskan hari esok dengan lebih baik serta tentukan waktu pukul berapa nak bangun. Contoh : "kejutkan pada jam 6.00 pagi". Tetapi kebiasaannya, saya akan terjaga beberapa minit lebih awal. Selamat mencuba. :)

love :)

antaranya sahaja.
macam biasalah bila Angah pegang camera.

hold tight till the end

camera & dia
*teruja bila kat dominos ada "Ms Nabila"


dah habis comel la senyum tu

muka macam nak baling botol terima kasih

kami gembira
sedap ayam Angah

our brunch

sayang Angah to death


some of it.
:)

trima kasih!

Monday, July 12, 2010

good old days

masih ingat tak ni semua?
masa kecik-kecik dulu selalu makan ni semua kan?



back to back :)

11. July. 2010
Menghabiskan masa bersama Angah dan AfifSham. Berjalan-jalan di Pavillion. Kemudian take away Dominos dan makan-makan di Tasik Titiwangsa. AfifSham suruh saya pilih birthday present sendiri. Alahai sweeetnya. Semuanya sangat sweet. Saya sangat gembira.

12. July. 2010
Saya akui saya amat penat dan letih. Tidur pun sangat awal. Tepat jam 12am Angah orang pertama yang call saya. Semangat dia nyanyi. huhu. Tapi saya mmm..mmm..mmm.. mamai sangat. Then AfifSham call sama juga saya mmm..mmm..mmm.. Then Ibu masuk bilik & wish me birthday & kiss me. Alahai sweet sangat. Then massage berderu-deru macam celebriti pula. Sorry tak reply awal-awal saya da nyenyak beradu. huhu. The next morning baru lah saya reply semuanya. Terima Kasih ya. Habis saja kelas saya pun terus pulang ke rumah. Penat tak hilang lagi. Kemudian door bell berbunyi, saya pun buka la pintu. "SUPRISE!" happy birthday! ok. Saya memang terkejut! Terima Kasih AfifSham, Baby, Ommu, Ekin, Ely, Fikri, Faris, Habib, & Nizam! Terima Kasih!

RIBUAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA!
Tak terbalas rasanya.
Sangat menghargai semuanya.
TERIMA KASIH!

semoga dengan meningkatnya umur ini, saya menjadi seorang insan yang lebih baik. Insya Allah. :)

Sunday, July 11, 2010

sentiasa muda :)

saya percaya, setiap wanita pasti inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. awet muda lah katakan. :) walaupun rupa paras saya lebih matang berbanding usia, tapi saya gembira kerana saya matang yang cantik :) (puji diri sendiri pula ya) di sini terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk kelihatan muda dan cantik. petua nenek dan ibu saya amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku atau rambut yang di potong atau gugur. Amalkan petua ini sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Insyaallah wajah anda akan cantik dan muda. :)

payback with love :)

lucu tengok gelagat orang sekeliling. lucu sungguh. manusia. manusia. "orang bagi najis, kita bagi minyak wangi". itulah kata pepatah. saya setuju. mungkin kita perlu berdiri teguh. berdiri dengan tabah dan kuat untuk bagi minyak wangi kepada orang yang bagi kita najis. mungkin ada pihak yang akan bilang " nak kena pijak kepala ke?" saya bilang, "siapalah kita nak bagi balasan kepada orang lain?" saya percaya, Allah bagi cash. Allah bagi on the spot without we realize it. Mungkin bukan sekarang. Mungkin masa akan datang. Jadi bersabarlah. Saya percaya "payback with love" lebih bermakna. :)

dendam tak bawa kemana pun. :)

Friday, July 9, 2010

not to late :)

I think it's not too late to post this.
Walaupun sudah hampir sebulan berlalu tapi masih belum terlewat lagi.

"Happy 3rd Anniversary Feiza"

Itulah dia.
Sweet sangat.


zoom in a bit



i love you la yg. :)