Thursday, May 27, 2010

mengapakah?

pelik tengok gelagat manusia zaman sekarang. pelik tengok persekitaran yang aku diami sekarang.

perlukah kita untuk menayang, menunjuk, atau memberi tontonan dan tatapan semua pihak tentang apa yang kita ada? kekayaan dan kemewahan yang kita ada? berdosa besar kah seorang insan itu bila dia disobey dan tidak memberi tatapan kepada kemewahan yang dia ada kepada umum? is it a crime? mungkin benar bagi pandangan dan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ianya satu kepuasan bila kita dapat memakai atau memiiki barangan mewah yang mungki tidak dapata dimiliki oleh orang lain (yang aku sendiri tak paham apa kepuasannya) tapi persoalannya kini perlukah kita mencanang kepada semua pihak " I ada beg Guess, I pakai Swatch, pjama I Elle, my underware La Senza, I tak boleh pakai brand murah-murah nanti kulit I gatal." atau ada juga yang mungkin tidak menyatakan kepada pihak lain secara lisan tapi menggunakan body languange seperti bawa beg Guess dengan tanda "GUESS" menghadap orang ramai to make sure yang semua orang boleh nampak dengan jelas atau pakai kasut Nike and tangkap gambar banyak-banyak untuk tunjuk yang dia pakai Nike atau mungkin pakai baju Elle tapi tak tahu nak tayang celah mana, so, buatlah caption untuk beritahu orang "with my favaurite Elle pjama".

ada seorang hamba Allah pernah memberi soalan kepadaku "kenapa You annoy sangat dengan orang-orang macam ni ye? You jelous ke sebab tak dapat pakai apa yang diorang ada, yang mahal-mahal ni" aku tak beri sepatah jawapan pun. aku tak bahaskan balik kenyataan yang dibuatnya. aku malas nak berdebat. aku diamkan sahaja. tiba lah satu hari, tanpa disedari aku memakai bajuku berjenama MNG dan aku pun basuhlah dan rezeki hamba Allah ini untuk terserempak dengan bajuku yang dijemur dan berkata "OMG! you ada baju ni?!" aku berkata dalam hati "so what?" aku tersenyum dan terus pergi. mungkin aku tak pandai untuk berfashion dan mungkin out dated even tak reti pun nak pronounce certain brand yang mahal-mahal tu. so what? salah? aku mungkin berpakaian macam mak cik - mak cik, tudung selempang, tudung lilit, serabai. so what? salah? bila orang nampak aku ada Elle, JC, MNG, Zara, Nike, Rolex, SWatch, Clarks (sakit kaki aku, ntah apa yang dibanggakan sangat); orang terkejut. so what? perlu ke aku nak tayang kat korang? ye. aku pakai cap ayam juga, imitate nye barang juga, Scarlet juga, my underware pun 5 helai RM10, aku pakai tshirt milo juga. so what?jijik?

ada juga gaya manusia yang akan tunjuk kat orang ramai bahawa mereka makan dan lepak di tempat mahal dan boleh diklasifikasikan kepada yang berstatus tinggi. I makan kat hotel ni je (yang mana makanannya kat kedai mamak lagi sedap). I makan kat Hard Rock Cafe ok (yang mana steak ibu aku lagi sedap). Atau mungkin juga akan snap seberapa banyak gambar dan sebarkan dikhalayak ramai I makan, lepak dan minum coffee di sini "Starbucks, Coffee Bean, Victoria, Hard Rock Cafe" dan macam-macam lagi yang aku pun tak tahu pe yang mahal-mahal. aku pun pernah makan kat Hard Rock, perlu aku tayang kat korang? ye. aku juga makan kat mamak, kedai mak cik lenggong, nasi lemak mak cik Ana. so what? jijik?

ada juga yang tak mahu untuk mencuba barangan atau produk yang lebih murah tapi lebih berkesan dari produk yang mahal-mahal tu. dah tahu sakit tu sakit ni tapi bila dinasihatkan produk murah ni berkesan, tak mahu cuba. sebab murah. semua yang mahal-mahal tu berkesan ke? Clinique la, SK II la, Dermalogica la, apa la, yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit tu pakai, guna, cuba. last-last macam tu gak kau. aku produk tu sesuai dengan kau tak heran lah, nasiblah kau kulit kau mahal. tapi kepada yang tak ada perubahan pun tapi nak gak pakai yang mahal bila disarankan untuk pakai yang lebih murah tak nak. aku pakai Safi je kot. jerawat aku pakai Gel Gamat, cleanser aku pakai C&C je kot. kenapa? jijik? huduh sangat ke aku? aku beli barang pun kat kedai runcit je. Giant ke, Mydin ke, Tesco ke. Beli bunga kat Farah's Florist. Gunting rambut kat LILI, Pekan, Pahang. So what? jatuh standard?

Alhamdulillah. aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. ibuku bukan lah seorang yang perlu beg berharga ratusan ribu ringgit, produk yang boleh membotakkan kepala ayahku. ayahku bukan lah seorang yang kumpul kayu golf, kumpul kereta mahal-mahal, setiap minggu main golf. adik-adikku bukan lah yang perlukan gadget mahal-mahal, kena hangout dengan club yang mahal-mahal. Alhamdulillah syukur kepada illahi aku dilahirkan dalam keluarga begini. yang serba sederhana tapi bahagia dengan apa yang kami ada. tak perlu menjaja kemewahan dan kekurangan keluarga kami. biarlah kami yang tahu apa yang kami ada. I LOVE MY FAMILY!

Alhamdulillah. aku bersyukur kerana seorang lelaki memilihku dari gadis-gadis lain disekelilingnya yang lebih bijak dan pandai untuk present themselve berbanding aku. dia berkata bahawa aku sederhana. aku bersyukur kerana dia juga bersederhana nampak macam apek jual tapai wal hal orang tak tahu selipar yang dipakainya berharga ribu ringgit (aku pun terkejut). tak perlu nak canang kat orang ramai. perwatakan dan penampilannya sangat sederhana tapi sedap mata memandang. dia akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak. bukan senang-senang gores kad ye. dia terima aku seadanya. I LOVE U!

biar orang nampak betapa kami (my family & him) kaya dengan kasih sayang. harta perlu, tapi jangan sampai melalaikan dan tak perlu lah dicanang dan di tayang. aku lebih rela Allah uji aku dengan kesusahan dari kesenangan yang boleh melalaikan. :)

p/s: mungkin aku eja jenama mahal-mahal tu salah. ignore it.

Monday, May 17, 2010

who are u?

who are you?
please tell me who are you.
everything about you.
please.
i need to know everything about you.
please.
who are you?
pity please.
true you.

you behind that face.
you behind that smile.
you behind those laugh.
you behind those funny faces.
please.
i need to know.

who are you?
who am i?
i'm just me.
don't deserve to know everything about you.
you have your own secret.
your own life.
just don't let me be the last to know.

"Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran"

Sunday, May 16, 2010

can i?

can i hear it directly from your mouth please?
can i?
not from someone else.
not from those who had left some
"not so nice thought" in my little mind.
not from those SNS stuffs.
please.

it's me.
it's me my dear.
why not my dear?
i may know you but hard to know you.
is this the way you want it to be?
is this the way that you want to bring till the end of our journey my dear?

& u.
yes u.
the person who had left some
"not so nice thought" in my little mind.
please do understand.
please walk away.
walk far away from this.
far far far away.
out of the galaxy.
please.
from us.
please.

me hoping that YOU UNDERSTAND this.
& hoping that YOU READ this clearly.

Friday, May 14, 2010

cepatnya berubah

mudahnya manusia berubah.
manusia berubah mengikut perubahan persekitaran.
tengok sekeliling, dan berkata "uish. dah berubah? tak dan sebulan ditinggalkan."
mungkin tiada persoalan jika seorang manusia itu berubah kepada kebaikan dan untuk kemajuan diri.
namun bagi manusia yang berubah kepada insan yang lain yang mungkin dahulunya lebih indah dari kini mungkin akan menjadi persoalan.
ada juga manusia yang berubah mengikut persekitaran yang mereka adaptasikan.
"kawan baik, baiklah mereka. kawan jahat, jahatlah mereka. kawan nerd, nerdlah mereka. kawan liar, liarlah mereka. dsbg."
namun semuanya ada hikmahnya.
sudah tertulis mengapa semua perubahan itu berlaku.
semua perubahan yang berlaku atas izin NYA.

semoga kita tergolong dalam insan yang berubah ke arah kebaikan.
amin.

Wednesday, May 12, 2010

happy birthday

setelah dilempar telur & tepung

fresh up

7 mei 2010
last minute preparation untuk ke sg congkak
actually plan Syahril, malangnya kesihatannya x mengizinkan
sangat seronok


happy birthday sayang