First And Foremost.
Yes! I am revealing our love story.
Yes! I am revealing our love story.
Bermulanya kisah Nur Izatul Fatiha & Mohd Afif Sham.
10.Jun. 2007 merupakan tarikh bersejarah yg tak kan dapat dilupakan. Detik Afif Sham propose me. :) Afif bersungguh2 nak hantar sy ke station bus walaupun sy & Sarah (1 of the MSU buddy) boleh berdikari naik teksi ke sana. Setelah di rayu dan dipujuk, kami pun bersetuju supaya di hantar oleh Afif. Sarah berangkat dahulu ke Sungai Petani, tiketnya lebih awal. Tinggal lah sy dan Afif berdua. Kami memang jarang berbual, mungkin sebab malu. Tapi kami selalu sms. Bila dah tinggal berdua macam ni, agak kekok la. For me, sy amat berdebar2 rsnya. Kami makan at MC D. Berbual2 tentang family masing2. Lihat jam di tangan, waktu sudah hampir pukul 2pm. Which is that's my time to go. Sedih sangat2. Sebelum naik bus, sy hanya mampu menatap wajah Afif Sham sj. Menangis sememangnya la. Dalam hati ni cuma terfikir yg sy tak mampu nak luahkan perasaan sy kepadanya. Honestly, mata Afif pun da berair! (sorry syg). Sy tak mampu nak tunggu lama2 lagi. Sy naik je la bus. Nanges lg dalam bus. Afif masih lg disitu menanti sampai bus gerak. Then, bila bus gerak, baru sikit bus gerak, sy dapat satu sms. Entah mengapa sy dapat rasa msg tu memang dari Afif. Naluri sy benar. Saat inilah Afif meluahkan perasaannya. Perasaannya yg menunjukan selama ini sy tidak bertepuk sebelah tangan. Believe me, sy masih ingat msg tu. No wonder selama kami berkawan sy dpt rasakan nya. Rasa macam nak turun bus time tu. Apakan daya, keluarga sy menanti di rumah. Walaupun kami seperti orang asing di khalayak ramai, namun kami sebenarnya agak rapat. He is such a caring person. Masa berlalu, dan kini hubungan kami masih begini. Perasaan yg kami rasakan masih tidak berubah malah lebih kuat berbanding sebelumnya. Mustahil la jika sy katakan kami tak pernah ada masalah. Of course, selisih faham tu ada. Namun, semua inilah yg membuatkan kami semakin rapat & kuat. Inilah yg mewarnai perhubungan kami. Sy amat mengagumi Afif, semua masalah yg kami lalui, Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan berbincang. Most of the times, Afif yg mengalah (tq syg). Sy akui sy insan biasa, sifat sy majaoritinya amat berbeza dengan Afif. Jika Afif begini, sy sebaliknya. Jika sy begini, Afif sebaliknya. Sy yakin Allah jadikan satu pasangan untuk saling melengkapi. Alhamdulillah. Sy terima Afif Sham seadanya dan begitu juga Afif. Nak senaraikan dugaan yg kami pernah alami? Ya Allah.. Allah sj lah yg tahu. DIA yg mengatur semua ini. Kadang2 sampai bertubi2. Mulut org la, secret admire la, mcm2. And of course Afif ada secret admirenya sendiri, & sy ada secret admire sy sendiri. Namun biarlah mereka nak admire kami, yg penting we will always hold on tight to each other. In other words, org lain tak de chance la ye. Sy takkan lepaskan Afif & Afif takkan lepaskan sy walau apa yg terjadi. Selain dari family sy, Afif juga merupakan faktor & pemangkin yg membolehkan sy boleh terus berdikari & menjadi insan yg lebih matang. Afif Sham bukan sj seorg kekasih. Namun dia juga seorang abang, seorang kawan, seorang guru, seorang pakar motivasi, seorang yg sentiasa membuat hidup ni ceria dan sebagainya. Tanpa Afif Sham, hidup sy tak lengkap. Family is my priority. Afif Sham is part of the family. He is one of us. Alhamdulillah. Ibu, Ayah & Adik2 menerima Afif Sham seadnya. He is my protector. Dikala sy & keluarga berjauhan, Afif dipertanggungjawabkan oleh keluarga untuk menjaga sy. Nak list down kan about Afif Sham, there's lots of things. Jika ditanya "Why I fall to him?" my answer would be "I just don't know because there are so many things about him that makes me love him". One thing for sure, I LOVE HIM. Sy sentiasa berdoa kepada Allah supaya hubungan kami diredhai dan kekal hingga akhir hayat. Aminnn.. Doakan hubungan kami.
1 comment:
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
SUMPAH SWEET !!!
nak nanges !!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment