Thursday, December 8, 2011

Confessions.

Tiada apa nak tulis, tiada apa nak cakap.



Gambar kartun wanita di atas.
YE.
Saya memang begitu.
Sebijik saya.
:'(
It will always be there sayang.

Sayang.
You know who you are.
I'm sorry.
Please have some faith in me.
Please be patient with me.
(I know it's getting harder)
Please sayang.

Tq So Much.

I Love You.

Tuesday, December 6, 2011

; Jawapan saya adalah........

Kamu..
Ye kamu..
Saya tahu kamu baca ni.. Ini jawapan saya..

23 tahun saya hidup di dunia ni.. Saya memang tak ramai kawan lelaki.. Kawan lelaki yang betul-betul rapat ada dua orang je.. Saya tak reti la nak luah-luah perasaan kat kaum Adam ni..

Mereka adalah:

1. Mohd Afif Sham Shamsuri.
2. Mohd Shahrizal Shukor.

apalagi..Google sendiri..semuanya di hujung jari..

; Pantasnya masa berlalu.

Ya Allah..

Cepatnya masa berlalu..Tanpa disedari my last post was on 23rd October 2010 and today is 6th December 2011..:(

Tiba-tiba je rasa macam nak update sebab tadi waktu lunch hour, my classmate yang vavavoom tu (Fikriz Othman) asyik meng'Google' image orang & tengok sapa paling pemes ala-ala retis dalam class kami..bila click 'Izatul Fatiha', amekaw! Semua gambar keluar..Sebenarnya banyak gambar saya & En Apip Cham tu, terpampang keluar semua..:l terus rasa malu & segan silu.. :*) Dan, most of the pictures were from my blog..:') Gambar-gambar waktu muda-muda dulu..Sedih bila imbau balik kenangan lama..Cepat betul masa berlalu..:') Semua dah besar-besar

sekarang..Dah matang dah semuanya..Selepas ini, saya akan cuba untuk merajinkan diri untuk meng'update' blog saya ye..Luahan perasaan..

Owh ya..Inilah kawan saya yang vavavoom tu!

Nama si dia ni Fikriz Othman Vavavoom!

Saturday, October 23, 2010

merah bibirku, putih dan kilat gigiku, wangi mulutku.


Kali ni saya nak berkongsi dengan kalian semua tentang tips bagaimana untuk:
-Merahkan bibir.
-Memutih dan mengilatkan gigi.
-Menghilangkan bau mulut.

Semuanya berkaitan mulut kita bukan.
Penampilan harus dijaga.
Jangan nanti.
Pakaian dah tip top tapi bila buka mulut.
Aiyo!!
MENAKUTKAN!

Pertama sekali jom kita belajar cara untuk memerahkan bibir.
Saya sangat suka amalkan tips ini.
Tapi saya tak mampu nak kawal diri dari menjilat madu di bibir.
Senang je caranya sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum masuk tidur.
Amalkan selalu.
InsyaAllah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Seterusnya, cara untuk memutih dan mengilatkan gigi.
Ambil beberapa helai daun kelapa kering.
Bakar hingga jadi abu.
Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.
Lakukan berulang kali dan insyaAllah gigi anda putih berkilat
Saya baru nak mencuba tips ni.

Akhir sekali, menghilangkan bau mulut.
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih.
Lakukannya tiga hari sekali.

Selamat Mencuba!

::Bouquet Garni::

Baru-baru ni kami sekeluarga pening sebab tak tahu nak makan malam di mana.
Pening sungguh.

Perancangan awal, kami nak makan di Plaza Masalam.
Tiba-tiba dalam perjalanan:

IBU: eh, kak long cuba tengok apa yg "NOW OPEN" tu?
SAYA: maaf lah ibu, tak nampak. (kami seberang jalan).
AYAH: jom kita g tengok.

ayah pon u-turn lah & terus ke bangunan tu.
kat luar ada banner besar "Bouquet Garni".
huh?
macam ne nak pronounce?
errr..
x tau lah!

then, baru lah kami tau macam nak pronouncenye."boo" "kay" "gar" "ni"
yippy!
yok makan!

kami disambut dengan sangat ramah mesra. :)
seronok!
scenery sangat menenangkan.
bersih!
service memuasakan.
makanan sedap!
specialties ialah western food.
SEDAP!
jemput lah datang ramai-ramai.



ini lah menu nya.

ini plan ke restoran yang sangat sedap ni.



Location: Bangunan Risda Selangor, 2,
Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Phone:+603-55114122
Operation Time: 8.00am - 9.30pm


ini pula menu yang kami nikmati:



Cream of Mushroom Soup
(pilihan Adik)


Potato and Leek Soup


Nasi Goreng
(pilihan Angah)



Soto
(pilihan Ibu)



Cantonese Yee Mee
(pilihan saya)


Char Kuew Teow
(pilihan Hafiz)


Mee Mamak
(pilihan Ayah)


Apple Crumble

sekian terima kasih.






Tuesday, October 19, 2010

relief

lega bila semuanya dah berjalan lancar.
shooting berjalan lancar.
business pun berjalan lancar.
Alhamdulillah.

mula-mula saya agak kekok
sebab
tak selesa
pertama kali
tak tahu nak buat apa
kena nampak exotic
tak boleh senyum macam biasa
aiyo!

lama-lama, kumpulkan semangat & keyakinan.
jadi....
OK lah!

terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kunciloceng.
jemput ziarah ke:

http://www.kunciloceng.blogspot.com/

"7 days with love promotion"
still available!

dari promosi ini,
anda dapat memainkan peranan sebagai pelanggan untuk tawar menawar bagi harga terendah yang anda inginkan.
mengapa lepaskan peluang ini?!
cepat!

sementara stok masih ada!

*tertakluk kepada terma & syarat.

sneak peak~


pashmina two tones
red


pashmina two tones
blue



pashmina two tones
turquoise



pashmina two tones
pink

pashmina two tones
purple



done!

Sunday, October 10, 2010

Terasa Debarannya.

Adoi lagi beberapa hari sahaja.
Adoi sangat takut!
Sekelip mata je dah nak final exam.
Ye seram!
Ye takut!
Tapi Izatul Fatiha, dengan hanya seram & takut, takkan bawa awak kemananya.
Effort awak mana?
Dah cover semua chapter?
All cases dah lengkap?
Gulp~
Tak boleh jawab lah!

Peperiksaan akhir akan berlangsung selama 3 minggu!
Macam banyak je subjeknya.
Gap banyak.
Tak pe.
At least boleh buat sesuatu.

Inilah dia jadual Peperiksaan Akhir Part 3 BLS Students:


Week 1 - Wednesday = 27. Oct. 10 = Equity & Trust
- Sunday = 31. Oct. 10 = Land Law
Week 2 - Thursday = 4. Nov. 10 = Administrative Law
Week 3 - Monday = 8. Nov. 10 = Criminal Law
- Thursday = 11.Nov.10 = Moral & Ethical Issues

SEKIAN TERIMA KASIH!

Monday, September 20, 2010

Rambut ku di mana?

gambar hiasan semata-mata

Saya pasti dan yakin wanita tidak lepas dari mengalami masalah rambut. Hari ni, saya akan fokus dengan masalah KEGUGURAN RAMBUT. Ye. Saya juga sedang berhadapan dengan masalah ini. Di sini terdapat beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengelakan keguguran rambut.

1. Saya sedang mencuba petua pertama ini. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

2. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.

3. Yang ni macam geli sedikit ye. Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Selamat Mencuba. :)


Friday, September 17, 2010

Bantal Comel Afif Sham :)


ini pula cubaan kelima saya ye kawan-kawan.
bantal comel khas buat yang tersayang.
ingatkan nak buat sama color macam saya punya tapi tak jadi lah.
nak buat lagi cantik & comel untuk afifham.
ada nama afif kat bahagian belakang bantal.
cubaan terbaru disertai dengan kereta putih, bola tenis, camera.
kali objek-objek ni macam kusyen kecil yang empuk.
saya sumbatkan macam kekabu jadi kan objek macam 3D lah. :)
dan dijahitkan pada bantal ni.
warnya nya baby yellow bahagian belakang.

& green bahagian depan.

serba sedikit gambar kejayaan kelima saya untuk dikongsi bersama.


inilah dia barisan objek-objek yang comel.

ini pula saga putih dia.

ini pula bola tenis kegemaran dia.

ini pula camera comel since he is one of the best photographer.

ini pula bahagian belakangnya.

dijahitkan dengan nama Afif.

100% handmade

Thursday, September 16, 2010

bila berbuka dan berkumpul :)

sangat meriah aktiviti berbuka puasa kami tahun ni.
di hadiri pelajar clas LWB03A.
yang baru dan yang lama.
walaupun tak semua ada tapi kami tetap have fun dan seronok.

saya telah ditugaskan untuk jadi caterer oleh tok ketua kami.
Alhamdulillah.
rejki jangan ditolak.
agak cuak saya & ibu untuk menyediakannya.
tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

menu:
Iza's Kitchen Nasi Goreng Pattaya Topping Daging Masak Merah.
Iza's Kitchen Pudding Buah + Pudding Choc Ely as topping.
Air Sarsi.
Kurma.
dan lain-lain.

inilah dia serba sedikit gelagat kami semua :)



anak & mummy

part of us

pemuda UMNO saya

bersama Ekin tersayang

orang kuat kami

anak saya glamor gitu

sweet & sour

bersama Ely, Chuna, Una, Wafry & Syaqif

bersama Anna

yok makan!

iza's kitchen

bersama Una & Ely tersayang

tamatlah!

Sunday, August 29, 2010

oh mengapalah

mari kita syok sendiri ye.
perkara ini berlaku ketika class family institution.
seperti biasa, sayalah pelajar yang paling awal akan sampai ke class.
"tak de sorang pon dalam class ni"
kadang-kadang saya ditemani sekumpulan keluarga monyet bahagia yang berkelah di atas pokok tu.
melompat-lompat.

dah xde kerja.
macam ni lah jadinye.
:)


mula-mula fikir dulu nak buat apa lah ni.
tengok monyet lah.


lepas tu dah bosan.
tangkap gambar lah.
buat muka lah.



tiba-tiba....
chang!
ada orang masuk!
kan dah kantoi!


punya lah malas nak mengiron.
pergi class pakai tudung bibik ja.
terima kasih Angah.


setakat itu sahaja ye.
sekian terima kasih.

3 IDIOTS :)



cerita ni dah release kat Malaysia on 24 december 2009 dah pon.
tapi saya baru je tengok cerita ni.
thanks to Angah.
semangat dia dok cerita.

sangat sangat sangat
menyentuh hati

true friend hard to find.
i agree.

sangat sangat sangat
hard

lakonan utama Aamir Khan sangat berkesan.
tersentap juga lah hati ni.
berfikir juga.
mampukah aku jadi sahabat begitu?
mampukah insan lain menjadi sahabat begitu buatku?

sangat sangat sangat
sukar

dunia sekarang ramai yang sahabat bilang best fren forever.
tapi hanya di mulut bukan di hati.

sangat sangat sangat
sedih

selamat menonton ye.
wajib tontong i should say.

i love my friends

Saturday, August 28, 2010

kantung duit syiling imran hakim :)

ini pula cubaan keempat saya ye kawan-kawan.
kantung duit syiling imran hakim.
adik sibuk nak juga.
siap merayu-rayu nak beg untuk isi duit syiling dia.
siap pilih warna oren.
jadi saya pun siapkan lah.

ada nama imran kat bahagian belakang.
cubaan terbaru disertai dengan kereta merah.
macam kancil saya pula ye.

serba sedikit gambar kejayaan keempat saya untuk dikongsi bersama.

kereta kancil merah imran.

ada nama imran kat bahagian belakang.

tara!
kecil je kantungnye.
siap guna reben.


ok lah tu kan adik.

100% handmade.